Sunday, June 8, 2014

INFO KESIHATAN WANITA - KEPUTIHAN

KEPUTIHAN


Keputihan atau juga dikenali sebagai Flour Albus, hanya terjadi pada kaum wanita sahaja... Ia merupakan cecair bening yang keluar dari vagina berwarna bening atau putih susu... Normal kiranya kiter mengalami keputihan tika menstruasi, ovulasi, hamil dan sebab rangsangan seksual. 

Tapi, kalu dah kuar berlebihan yang sebabkan rasa gatal dan bau yang kurang menyenangkan, ia sebenarnya disebabkan oleh jangkitan mikroorganisma / jangkitan fungus... 

Di bawah nie senarai jangkitan yang abnormal..
  • Jangkitan kulat, mengeluarkan yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia
  •  Jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal
  • Jangkita bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau
  • Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen
  • Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.
KEPUTIHAN BOLEH AKIBAT KAN KEMURUNGAN.. RASA TAK SELESA YANG MELAMPAU AKAN MENJEJASKAN KECERGASAN DIRI SETIAP HARI...

Sebab lain terjadinya keputihan, sekiranya kiter mengalami gangguan hormon, stress, peradangan alat kelamin, penat dan boleh di sebabkan oleh terdapatnya jangkitan pada organ kandungan...

Jadi, kiter sebagai perempuan, mestilah sedaya upaya nak cari 'the best way' untuk hilangkan keputihan nie.. At least merawat untuk kurangkan rasa tak selesa pun dah cukup baik...

Jom kiter jelajahi cara-cara mengatasi keputihan:-

  • Rebus daun sirih dan gunakan untuk cuci vagina dalam keadaan ia suam
  • Buat minuman tradisional dengan campuran kulit delima kering + sambiloto kering + kunyit dengan rebus kesemuanya
  • Vagina hendaklah dlm keadaan yg kering.. Jangan terlalu kering, juga boleh mendatangkan rasa tidak selesa
  • Selepas dicuci, lap dengan tisu atau kain bersih yang di steril.. Tapi, kalau kain bersih pun dah elok
  • Pakai panties yang kering, bersih dan mudah serap peluh... Yang paling sesuai adalah yang jenis cotton
  • Elakkan pakai seluar yang rerlalu ketat / tebal
  • Jangan pakai pencuci wanita daripada pabrik tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu
  • Guna pembersih wanita yang tidak mengganggu nilai PH di sekeliling vagina
  • Jangan selalu menggunakan panty liner.. Kalau boleh, elakkan pakai panty liner yang jenis berherba sebab biasanya ia akan lebih memudaratkan
  • Pilih panty liner yang tak ada parfum
  • Jangan guna bedak di bahagian vagina
  • Sering ganti panty liner sekurang2 nya 4 kali sehari





Sesiapa yang ada penyelesaian yg lebih efisyen, blh juga share kat cnie.. yang ingin berkongsi permasalahan yang pernah dialami juga di alu2 kan... ^_^

No comments:

Post a Comment