Sunday, June 1, 2014

CARA-CARA UNTUK MEMBUATKAN BAYI TIDUR MALAM




Selalu bayi pasti bangun malam, siang pula tidur memanjang.. Kalau dalam pantang, lagi letih di buat nya.. Mau tak nya, dengan badang yang tak sihat lagi, tambah dengan rengekkan anak, mesti amat menduga kesabaran.. Malah mengundang rasa penat tidak terhingga akibat tak cukup rehat.. Apatah lagi, jika sudah mempunyai anak2 yang sebelumnya...

Jadi, dalam alternatif aku nak menghadapi pantang untuk kali yg ke-4, kna la wat 'full preparations'.. Walau pun yg ke-4, preparations dari segi mentaliti & fizikal amat perlu.. Sebab x semua pengalaman tue sama.. And x smua baby tu punyai ragam yg sama... ^_^

Jom kiter jelajahi cara2 yg mungkin blh di praktikkan pada baby kesygn...:-

  • Buatlah sarapan siang hari sosial dan ceria dan sarapan waktu malam tenang sepi. Dengan cara begini anda akan membantunya mengatur jam badannya supaya dia dapat membezakan antara siang dan malam.
  • Beri dia peluang terlena dengan sendiri dari kira-kira enam hingga lapan minggu. Letakkan dia atas katilnya ketika dia mengantuk, tetapi masih berjaga. Sesetengah pakar menasihatkan supaya jangan membuaikan atau menyusukan bayi sampai tidur, walaupun pada usia ini, sebab dia akan menjadi biasa dengan amalan ini. Terpulanglah kepada anda untuk memutuskan apa yang terbaik.
  • Tetapkan satu rutin tidur. Pastikan ia ringkas dan mudah: mandi, lampin dan pijama, serta bercerita atau nyanyian. Selesaikan ritual tidur dalam bilik tidur bayi anda. Adalah penting baginya mempelajari bahawa biliknya adalah satu tempat yang selesa untuk diduduki.
  • Berikannya objek keselamatan, seperti selimut bayi atau patung binatang berisi kekabu. Cara yang baik untuk membuat bayi sukakan selimut atau beruang teddynya ialah bagi anda berkepit dengan objek itu buat sementara waktu sehingga ia berbau ibu. Bayi mempunyai deria bau yang kuat, dan apabila ia terjaga secara mengejut nanti, bau ibunya akan menenangkannya.
  • Biarkan dia melepaskan tangisannya. Ini amat sesuai apabila bayi anda berusia empat atau lima bulan. Jika dia menangis selepas anda membaringkannya, pergilah mendekatinya. Tepuk dia perlahan-lahan dan beritahu dia bahawa semuanya nyaman, tetapi sekarang ialah waktu untuk tidur. Berlemah lembutlah, tetapi tegas. Tinggalkan bilik. Tunggu untuk sesuatu tempoh, dari dua hingga lima minit, kemudian jengoknya lagi. Lakukan ini berulang kali sehingga dia tertidur, dengan memanjangkan masa antara setiap lawatan.
  • Peluknya.Jika anda bercadang untuk bayi tidur di katil anda, tenangkan dan buai-buaikannya dahulu sebagai sebahagian daripada rutin waktu tidurnya supaya dia bersedia untuk tidur. Baringlah bersama-sama dan pelukkannya, buat pura-pura tidur, dengan tegas menyedarkannya bahawa itu waktu tidur.
  • Kongsikan peranan penenang dengan suami anda, supaya anda berdua boleh membantu bayi tidur kembali. Sebaik saja bayi anda cukup tua untuk tidak diberi sarapan pada waktu malam, dia boleh membiasakan diri untuk ditenangkan oleh suami anda. Dia mungkin berhenti daripada memerlukan sesiapa pun apabila dia sedar bahawa dia tidak akan diberi sarapan!
  • Pekakan diri kepada keperluan bayi anda:Pada siang hari, biar bayi merasa selamat dengan mendukungnya dalam kain anduh. Jika dia bangun malam, cuba untuk memastikan mengapa. Adakah lampinnya basah kuyup, adakah pakaian malamnya selesa, adakah dia mengidapi selesema?


Harap2 berkesan.. Walau apapun, smua nie perlukan kesabaran tinggi dan kosisten yg teratur.. Disiplin bak kata org.. Jangan lah skali wat x jadi trus give-up.. Payah lah mcm tu.. Tu nama nya kesabaran sbg parents.. Sblm nie kiter single mingle... Ada anak, banyak yg perlu dikorbankan... Sampai kiter x sedar yg masa utk diri sendiri pn dh x berapa nak ader sangat.. Org mmg pasti x puas hati.. Tapi, bagi yg btl2 menghargai apa itu makna KELUARGA pasti faham smua nie... Apa2 pun selamat menempuh alam KEIBUBAPAAN.. ^_^

Ini betul2 penat smpai x sempat nk naik ke rumah langsung... Banyak aktiviti siang.. kihkih.. 

No comments:

Post a Comment