Monday, June 9, 2014

INFO KESIHATAN ~ SAWAN

DEMAM PUNCA SAWAN


APA ITU SAWAN?
Sawan adalah penyakit yang kalau boleh memang hendak dielakkan.. Ia biasanya akan mudah terkena pada baby 3bulan hingga 3 tahun... Demam yang berpanjangan dan dalam suhu yang tinggi boleh bawa kepada sawan...

Bagi baby yang baru lahir, sawan berpunca dari penyakit meningitis, kerosakkan otak, punca2 metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium.. Sawan juga boleh disebabkan oleh jangkitan virus (demam virus).. Tanda2 yang boleh kita lihat, apabila selera baby berkurangan dan sering selsema dan batuk.. Tapi, kita kena sedar.. Radang paru2 juga boleh juga sebabkan sawan.. Kerana ia boleh meningkatkan suhu badan hingga jadi demam panas...

KENAPA DEMAM PANAS PUNCA SAWAN?



Suhu badan yang normal antara 36 - 37 sahaja.. Bila demam dah cecah 38, suhu badan dah tentu panas teramat.. Cuba bayangkan bila suhu badan cecah 39?? Panas kan?? Kalau terus meningkat?? Boleh bayangkan x keadaan saraf dalam badan kita nie bila dah panas macam tue skali???

Sawan menyerang dalam masa yg sangat cepat.. Dalam 10-15 minit sahaja... Dalam tempoh tue, Insyaallah masih ada harapan lagi.. Tapi kalau dah sampai 30 minit, macam mana pula?? Dah tentu ia berkemungkinan besar akan mempengaruhi perkembangan otak.. Inilah yg sangat2 kita takutkan...

JADI, BAGAIMANA KITA NAK ELAKKAN ANAK2 KITA DARI TERKENA SAWAN?
Semasa demam, amalkanlah step2 kat bawah nie.. Insyaallah kita dapat elakkan sawan daripada menyerang.. Mencegah itu lebih baik dari merawat.. Betul x?? 

  • Galakkan anak minum air masak / air suam sebanyak mungkin utk elakkan dehidrasi.. Selain itu, minum air masak dengan banyak boleh kurangkan suhu panas yang terkumpul dalam badan dengan proses perkumuhan..
  • Pakaikan baju yang nipis dan berlengan pendek.. Baju tebal boleh tingkatkan suhu badan.. Tapi, kiter boleh pakaikan sweater / jaket utk proses pengeluaran peluh dengan lebih cepat.. Cuma, jangan pakaikan yang terlalu tebal dan elakkan selubung satu badan tika suhu terlalu tinggi...
  • Jangan abaikan nasihat doktor.. Beri ubat demam dan antibiotik ikut masa dan sukatan yang diberi.. Kiranya suhu makin meningkat atau tak berubah dalam masa 2 hari, cepat2 bawa ke hospital...
  • Amat diingatkan supaya tak beri anak asprin semasa demam.. Sebab ia boleh bawa kepada risiko Reye Syndrom... Penyakit nie akan dapat dikesan dengan symptom demam, selsema batuk dan muntah2 / cirit-birit.. Memang ia akan pulih selepas beberapa hari.. Tapi, kiranya ia serang semula dan menjadi makin teruk, berhati2 lah.. Itulah petandanya.. Penyakit nie boleh bawa maut.. Kalau dapat diselamatkan, biasanya ia akan beri kesan pada fizikal dan otak...


Jadi, janganlah amik mudah bila anak demam.. Walau suhu naik sikit, cepat2 lah bagi ubat doktor.. Bukan mudah nak dapat anak.. Tambahan bila anak dah besar...

Nana sekarang memang tengah demam.. Malam semalam panas sangat.. Sampai kalau letak telur kat kepala pun boleh masak.. Tapi, amalan minum air masak, makan ubat doktor dan letak tuala basah serta lap2 badan nya utk kurangkan suhu badan memang kami amalkan.. Kalu dah sihat sikit, memang kena mandi lah jawab nya...



Bila balik dari kerja semalam, bukan main cergas dah Nana.. Tapi, suhu masih panas walau dah menurun.. Alhamdulillah, malam tadi dier dh boleh tidur walau tak nyenyak mana pun.. Sekurang2 nya lepas makan ubat, mudah jugalah nak tidur berbanding malam semalam... Hehehehehe...

SEKIRANYA ANAK TERKENA SAWAN, APAKAH TINDAKKAN KITA?
Sawan memang susah nak dijangka... Bila terkena, mesti kiter pun termangu2 tak tau nak buat apa.. Ini salah satu tips yang Insyaallah boleh diguna pakai...
  • Jangan panik.Bawa bertenang dan yakin ia hanya sementara sahaja.Kemudian baringkan bayi mengiring supaya air liur dari mulut dan tekak tidak masuk ke paru2 untuk mengelakkan lidah menutup saluran pernafasan.
  • Tanggalkan pakaain anak.Kemudian lap muka dan badan anak dengan tuala basah.Tapi jangan gunakan air batu kerana ia akan menyebabkan perubahan suhu yang drastik dan mengakibatkan anak mengigil.
  • Jangan sesekali cuba masukkan jari,sudu atau kayu ke dalam mulut anak ketika diserang sawan untuk mengelakkan berlaku kecederaan.
  • Jika demam sawan berterusan selama beberapa minit,bawa berjumpa doktor supaya dapat dihentikan dengan suntikan valium atau paraldehyde.
  • Namun secara umumnya demam sawan jarang membawa maut kepada perkembangan kanak2.Berlainan dengan meningitis yang boleh membawa kecacatan fizikal dan mental,merosakkan deria penglihatan,pendengaran dan atau maut.
**Sekiranya terdapat cara2 tradisional yang mungkin telah diamalkan / yang pernah diajar oleh orang tua2 untuk menangani sawan / merawat sawan, jomlah share sama2.. Sebab ada juga rawatan tradisional nie yang memberi kesan pada sesetengah penyakit... SHARING IS CARING... **  ^_^


AMALAN2 SUNNAH TIKA SAKIT


**DOA UNTUK ORANG SAKIT**


**AMALAN 5 BISMILLAH**


**DOA PENYEMBUH PENYAKIT**




No comments:

Post a Comment