Thursday, June 5, 2014

BABY OWH BABY... ^_^

KENALI PERINGKAT 12 BULAN TERAWAL BABY


Sedar atau tak, smua baby akan belajar di setiap peringkat umur.. Tapi, bagaiman perkembangan diorg start dari hari 1st day diorg lahir hinggalah umur 12 bulan?? Satu umur yg bkh dikatakan baby dh ckup bsar perkembangannya... Perkembangan peringkat awal ini juga dikenali sbg perkembangan manipulatif.. Perkembangan yg cukup aktif berlaku pada smua baby...

Percaya atau x, bermain mmg the best way utk kiter merangsang lg perkembangan manipulatif baby.. Papa ngan mama memang mainkan peranan yang penting... Jadi, jom kita jelajahi beberapa perkembangan manipulatif baby mengikut bulan2 awal kelahiran... ^_^

  • Newborn
Jari bayi digenggam erat setiap masa. Malah jari anda juga akan digenggam erat. Namun apabila terdengar bunyi bising yang kuat, dia akan membuka jarinya. Tindakan refleks ini berlaku kepada bayi yang baharu lahir.
  • 2 Bulan
Ketika ini tangan si manja akan terbuka. Inilah masa untuk dia menyedari kewujudan tangannya.
  • 4 Bulan
Dia semakin membesar. Ketika ini dia boleh mengawal dan menggerakkan tangan dan kakinya. Pergerakan tangan dan kaki semakin aktif. Dalam tempoh ini, dia boleh menggoyangkan permainan berbunyi dengan tangannya. Tetapi jika mainan terjatuh, si manja tidak dapat mengutipnya.
  • 6 Bulan
Bayi semakin bijak. Kini dia sudah boleh memegang objek dengan baik dan boleh memindah objek dari satu tangan ke tangan yang satu lagi. Dia juga suka menjatuhkan objek dan ambil semula dan menjatuhkannya lagi. Itu permainan baharu buatnya.
  • 8 Bulan
Si kecil sudah pandai membuat bising sambil bermain dengan permainannya. Jika dulu dia hanya boleh merenyukkan kertas, kini dia boleh mengoyakkannya pula. Tetapi hati-hati kerana dia mungkin akan memasukkan cebisan kertas ke dalam mulutnya.
  • 10 Bulan
Ketika ini dia boleh mengambil objek kecil menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya. Dia boleh menunjukkan objek dengan jari telunjuknya. Ketika ini juga, dia boleh membina menara bongkah.
  • 12 Bulan
Si kecil sudah boleh membaling mainan dengan sengaja. Ia seakan permainan baharu buatnya. Dia juga sudah berhenti memasukkan sebarang objek dalam mulutnya.




So far, mcm nie lah baby aq hingga umur 12 bulan... Tapi, x dinafikan ader jg baby yg advance.. Malah lagi bijak.. Terutama zmn skang nie.. Everything advance... Walau mcm mana pun, papa ngan mama mmg mainkan peranan penting dlm develope kan perkembangan baby.. Hehehe... 

Bagi sesiapa yg nk share perkembangan manipulatif baby anda, mmg dialu-alukan... Maklumlah, blh jadi panduan pd parents lain.. X smua papa ngan mama nie perfect.. Walau dh sebyk mana pn anak2 diorg.. Selama mana pn diorg nie jadi parents.. Ilmu x pernah putus.. Mungkin ader pengalaman baru yg blh di 'share' bersama... Jadi pedoman dan panduan... ^_^

No comments:

Post a Comment