CHECK-UP DI HUKM
05 Mei 2014
-PICTURE MY BABY DAH BERUSIA 16 MINGGU-
Aq ada check up kat klinik O&G, HUKM.. Suggestion doc dr Klinik Desa Pulau Meranti, Puchong sebenarnya.. Sebab ada history baby kecik.. aduhai.. 1st baby and 3rd baby kecik... Kritikal yg 3rd baby la.. 1.98kg j.. cuba bayangkan betapa keciknya dia...
Atas nasihat doc, aq pn ikutilah routine check up kat sini... 1st check up kelam-kabut sebenarnya.. Hehehehe... Sebab x ambil time-off atau M.C.. Hebat x??? (Bangga diri terlebih.. Mendatangkan bahaya betul!!! Kihkih...) Pagi-pagi dh ada perhimpunan kakitangan, then sangkut plak dengan discussion... last-last lewat ke appointment... Kul 10.30 br pergi... Kena bising ckit la dengan staf nurse... x pa.. Tadah jer.. Sebab silap sendiri pun... (Baiklah konon..)
1st check-up dpt 2 berita yg memeranjatkan.. x diduga ader plak perkara yg x pernah dijangka...
1) Uri di bawah
2) Urin ada protein
aiyo... Macam mana nie? Bila tanya, x serius sgt.. Masih blh repair.. (Hahahaha.. Dh mcm mesin plak blh dok repair-repair...) Apa-apa pun, jom kita kaji apa tu dua symptom yg tngah membelengu diri ini ya... ^_^
URI DI BAWAH
Bersama prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120527/kn_01/Bahaya-uri-bawah-rahim#ixzz30trohay1
© Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120527/kn_01/Bahaya-uri-bawah-rahim#ixzz30trohay1
© Utusan Melayu (M) Bhd
Apakah yang dimaksudkan dengan uri?
Uri adalah organ yang terdapat di dalam rahim wanita hamil dan bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi daripada ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal apabila ia berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh daripada kawasan bayi sepatutnya keluar dari rahim.
Adakah berbahaya jika uri berada di bawah?
Adakah berbahaya jika uri berada di bawah?
Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi (pintu rahim) semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.
Ia bukanlah sesuatu yang jarang ditemui di awal kehamilan kerana 20 peratus daripada uri berada di bawah pada awalnya, tetapi apabila kandungan berusia melebihi 28 minggu, kebanyakan uri sudah tertarik ke atas oleh rahim yang semakin membesar dan cuma lima peratus yang masih berada pada bahagian bawah rahim. Jika uri ini masih kekal di bawah, keadaan ini dipanggil Placenta Previa (PP).
Sekiranya uri anda masih di bawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk menaikkannya. ke atas. Rawatan pula bergantung kepada tahap PP tersebut, sama ada ia menutup keseluruhan laluan bayi (pintu rahim) atau separuh sahaja.
Tahap keseriusan dibahagikan kepada empat jenis iaitu
1) Uri berada di kedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim,
2) Uri berada di bahagian rahim dan di pintu rahim,
3) Uri menutupi sebahagian pintu rahim
4) Uri menutup keseluruhan pintu rahim.
Sekiranya wanita mengalami PP jenis keempat, terdapat risiko tinggi kelahiran pramatang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simptom pesakit dengan memasukkan mereka ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP.
Risiko
Sehingga hari ini, punca berlakunya PP tidak diketahui. Namun terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan risiko PP, iaitu wanita yang mempunyai sejarah kelahiran secara pembedahan sebelum ini, wanita yang melahirkan anak secara kerap dan bilangan yang ramai, wanita muda di bawah umur 20, merokok semasa hamil dan kandungan kembar.
Wanita yang mengalami PP pada kebiasaannya mengalami kedudukan bayi tidak normal (mungkin melintang, songsang atau oblik). Kedudukan kepala bayi perlu sentiasa berada di atas rongga pelvis di saat tempoh matang kehamilan.
Selain masalah pendarahan yang membimbangkan, faktor lain yang mempengaruhi keadaan ibu adalah kaedah kelahiran bayi itu sendiri. Mereka ini biasanya tidak dapat melahirkan bayi secara normal akibat kedudukan uri yang menghalang kelahiran bayi melalui bukaan pintu rahim. Pembedahan caesarean adalah kaedah yang disyorkan. Selain itu, jika keadaan ibu membimbangkan akibat pendarahan, pembedahan caesarean terpaksa dijalankan walaupun dalam keadaan kehamilan yang tidak cukup bulan.
Apa yang membimbangkan mengenai PP ini, komplikasi yang boleh timbul pada bayi dan ibu. Komplikasi pada bayi adalah seperti pendarahan yang banyak pada ibu. Ini boleh meningkatkan kadar morbiditi dan kematian pada bayi dan meningkatkan risiko lahir tidak cukup bulan.
Komplikasi pada ibu pula pendarahan serius yang boleh mengancam nyawa. Pembedahan caesarean, meningkatkan risiko pendarahan selepas bersalin (postpartum haemorrhage) dan meningkatkan risiko uri melekat pada rahim. Keadaan uri melekat pada rahim dikenali sebagai placenta accreta. Dalam keadaan ini uri tidak boleh dipisahkan daripada dinding rahim akibat sebahagian tisu uri telah melekat pada otot-otot rahim. Jika ini berlaku, rahim terpaksa dibuang demi menyelamatkan ibu.
Bagaimanapun, risiko placenta accreta dalam kalangan ibu yang tidak mempunyai sejarah pembedahan pada rahim hanyalah sekitar lima peratus sahaja. Jika seseorang itu mempunyai sejarah pembedahan di rahim umpamanya caesarean, risiko placenta accreta bertambah 25 peratus.
URIN ADA PROTEIN
Apakah maksudnya jika terdapat protein dalam air kencing saya?
http://www.babycenter.com.my/a25006141/apakah-maksudnya-jika-terdapat-protein-dalam-air-kencing-saya#ixzz30tuzlwxr
http://www.babycenter.com.my/a25006141/apakah-maksudnya-jika-terdapat-protein-dalam-air-kencing-saya#ixzz30tuzlwxr
Semasa temu janji antenatal, doktor mungkin menggunakan kayu celup untuk mengesan protein dalam sampel air kencing anda. Kehadiran protein dalam air kencing (proteinuria) memberi maklumat tentang bagaimana buah pinggang anda berfungsi.
Kandungan protein yang rendah agak biasa, dan ini mungkin bermakna buah pinggang anda sedang bekerja lebih keras daripada sebelum anda hamil. Badan anda ketika itu mungkin sedang melawan jangkitan kecil, dan doktor mungkin akan menghantar sampel air kencing anda untuk dianalisa demi mengenal pasti samada anda mengalami jangkitan pundi kencing (urinary tract infection - UTI) dan jenis apa. Anda mungkin perlu mengambil antibiotik untuk menghilangkan jangkitan tersebut.
Semasa temu janji seterusnya, doktor akan memeriksa samada masih terdapat protein ataupun tidak, dan samada jumlahnya telah meningkat. Peningkatan proteinuria mungkin merupakan tanda bahawa anda sedang mengalami praeklampsia (pre-eclampsia), iaitu sejenis komplikasi dalam kehamilan yang boleh menjejaskan anda dan bayi.
Sekiranya ini berlaku, doktor akan cuba mengenal pasti tanda-tanda lain seperti peningkatan tekanan darah, proteinuria yang semakin teruk dan sekiranya tangan, kaki dan muka anda tiba-tiba membengkak, yang mana kesemua ini menunjukkan anda mengalami praeklampsia. Kadang-kala, hanya satu sahaja simptom yang ada. Jika sampel air kencing anda mengandungi tahap protein yang tinggi, doktor mungkin akan mengambil sampel darah untuk memeriksa buah pinggang anda.
Anda juga boleh mengenal pasti sendiri simptom-simptom praeklampsia yang lain seperti:
Simptom-simptom ini boleh datang secara tiba-tiba. Jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor sekiranya anda melihat sebarang simptom tersebut dalam separuh masa kedua kehamilan atau dalam beberapa minggu pertama selepas bersalin.
Jadi, kenalah saya pun berjaga2... X nak lah jadi makin teruk masa pregnancy nie.. Harap2 everything will be fine... Amin2x... ^_^

- sakit kepala;
- masalah penglihatan seperti kabur atau terdapat kilauan cahaya di hadapan mata;
- sakit yang teruk pada bahagian bawah rusuk;
- muntah.
Simptom-simptom ini boleh datang secara tiba-tiba. Jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor sekiranya anda melihat sebarang simptom tersebut dalam separuh masa kedua kehamilan atau dalam beberapa minggu pertama selepas bersalin.
Jadi, kenalah saya pun berjaga2... X nak lah jadi makin teruk masa pregnancy nie.. Harap2 everything will be fine... Amin2x... ^_^
semoga awak n baby sihat2 selalu..
ReplyDeleteInsyaallah.. Harap2 begitu juga.. Amin.. ^_^
Delete